Search

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 10)
  • Share this:

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 10)

Fekah Bodek

"Saya memang tak nak si anu tu ada kat pejabat awak. Saya tak tahu kenapa. Saya memang tidak boleh tenguk dia," bos besar bersuara apabila sampai sahaja di agensi yang dia ingin lawati.

"Ini perkara kecil Tuan. Saya akan pastikan dia dipindahkan malam ni juga," jawab ketua pegawai no 1.

"Memang dah lama pun saya duk fikir nak pindahkan dia," tambah ketua pegawai no 1 kepada bos besarnya.

"Pandangan dan firasat Tuan memang selalu tepat dan berhikmah. Semuanya tepat. Tuan memang ada kuasa kashshaf," ucapan lunak masih berkemundang.

"Lain kali Tuan tak perlu datang. Cukup dengan isyarat sahaja. Saya tahu apa nak buat." Tak habis2 lagi skrip pembodekan.

Siapakah pembodek? Apakah pysche & cara fikir pembodek? Kenapa pembodek ramai dalam masyarakat? Kenapa pembodek boleh cari makan & naik pangkat cepat?

Banyak jawapan. Jawapan yang paling tepat sebab ramai orang suka dibodek. Puji sedikit cair segala prinsip kehidupan dan mungkin ilmu agama. Kalau tidak ada orang suka dibodek, pembodek akan hilang pekerjaan & akan jadi penganggur. Fekah ekosistem ada di mana2 sahaja. Faktor positif & negatif adalah teori kepada segala2nya. Bila ada orang suka dibodek pasti ramai yang pandai membodek.

Saya kadang2 dapat banyak tawaran bila sahaja naik pangkat atau dapat kedudukan baru. Saya ingin percaya kebanyakkannya adalah jarum2 bodek yang halus.

Apabilia kita ada kuasa & pangkat, jangan ada sifat suka dimuliakan lebih2 & mudah cair dengan bodek. Ia boleh membuka banyak pintu kezaliman.

Eh eh...lupa pula hukum bodek atau lebih tepat hukum pembodek & hukum dibodek & termakan bodekan? Saya pun tak tahu dengan pasti. Kena tanya mereka yang lebih arif dan ilmuan. Mungkin mereka ada jawapan.

Inilah beberapa siri fekah yang lenyap dalam masyarakat. Masyarakat bincang rapat masalah ghurur atau tidak ikhlas. Ini semua menjejaskan amalan seorang insan. Namun, kalau bodek berleluasa, kezaliman pun berleluasa. Semua terpalit.

Dah sudah 10 siri. Patutkah saya terus lagi? Sudah pasti anda boleh kembangkan sendiri fekah baru ini dalam kehidupan.

Apa pandangan anda? Nak sambungan atau cukup?

#fekahhalalharam

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts